BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 6 March 2011

PANTUN

            Pantun merupakan puisi melayu yang wujud pada masa dahulu dan erkembang pada masa ini. Pantun merupakan seni yang dapat menjadikan sebagai satu medium untuk melahirkan perasaan sama ada perasaan sedih, gembira, kecewa, duka dan sebagainya. Pantun digunakan pada majlis perkahwinan, peminangan, berbalas pantun dan sebaginya. Penggunaan pantun di dalam sesebuah majlis akan menyerikan majlis tersebut dengan pelbagai unsur kreativiti yang dihasilkan. Pantun bukan sahaja diperkatakan dengan gaya percakapan malah pantun juga dinyanyikan seperti yang terkandung dalam Filem Sri Mersing, Lagu Rasa Sayang, Filem Gurindam Jiwa dan sebagainya. Pantun bukan sahaja sekadar hiburan sahaja seperti penggunaan pantun pada zaman dahulu malah pantun mempunyai pelbagai nilai, pengajaran dan moral yang ingin disampaikan secara tersurat iaitu dengan menggunakan nada yang halus tetapi mempunyai input yang tersendiri. Pantun terdiri daripada pantun agama, pantun budi, pantun jenaka, pantun percintaan dan sebagainya.

CARA MENGHASILKAN PANTUN

Cara menulis pantun tidaklah susah berbanding penulisan kreatif yang lain. Penulisan paantun dengan berkonsepkan ciri pantun yang berstruktur akan terhasilnya pantun yang sangat kreatif dan mempunyai nilai untuk dijadikan panduan. Pertama sekali sebelum terhasilnya sesebuah pantun ialah membuat tema atau topik yang ingin diutarakan sama ada topik dalam percintaan, agama, jenaka dan sebagainya. Tema yang dipilih memudahkan penulisan pantun dengan teratur dan sistematik. Hal ini untuk mencegah daripada penulisan pantun tersebut terpesung ke tempat lain yang akan menjadikan sesebuah pantun itu rendah mutunya. Dengan adanya tema maka penghasilan pantun dapat dilakukan dengan meenggunakan daya kreativiti masing-masing dalam penggunaan gaya bahasa dan nada iramanya yang tersendiri. Misalnya, tema berbentuk percintaan. Pekara yang diterangkan adalah kisah peertemuan dua orang insan lalu timbulnya bibit percintaan.

Seterusnya, jika tema atau topik telah dipilih maka perkara seterusnya adalah penulisan isi. Penulisan isi tidak sebarangan malah penulisan isi bagi karya pantun mempunyai peraturannya yang tersendiri. Pantun yang dihasilkan perlu dihasilkan sekurang-kurang empat rangkap. Tetapi terdapat juga pantun yang terdiri daripada 2, 6, 8, 10, 12 dan rangkap berkait. Tetapi pantun yang sering digunakan oleh masyarakat adalah pantun 4 kerat. Pantun 4 rangkap dapat dibahagikan kepada dua iaitu pembayang dan maksud. Contohnya,

Merah pekat buah rambutan, 
Sungguh sedap bila dimakan,
Suka duka bersama rakan,
Itulah tanda persahabatan. 


Berdasarkan contoh pantun di atas dapat dikatakan bahawa pembayang memainkan peranan supaya adanya kesamaan nada dan irama paada permulaan rangkap hingga rangkap seterusnya. Pembayang yang pertama juga perlu mempunyai kaitan dengan pembayang yang kedua. Hal ini untuk mewujudkan kesinambungan dalam pantun. Rangkap ketiga dan keempat merupakan rangkap yang mempunyai maksud yang ingin disampaikan secara halus.

         Perkataan yang digunakan dapat dilihat dari segi jumlahnya iaitu tidak dalam kuantiti yang banyak dan tidak dalam kuantiti yang sedikit. Kebiasaannya jumlah perkataan yang digunakan dalam penulisan pantun adalah 4-5 patah perkataaan. Tambahan pula, dari segi suku kata pula, tiap-tiap perkataan menggunakan suku kata dalam jumlah 3-4 manakala setiap baris mengandungi 8-12 suku kata. Penggunaan suku kata yang konsisten akan menghasilkan sebuah pantun yang menarik. Rima dan bunyi sesebuah pantun dapat dilihat melalui penggunaan rima yang sama di akhir suku kata. Rima pembayang pertama mesti sama dengan rima maksud pertama manakala rima pembayang kedua sama dengn rima yang keempat.Penggunaan rima yang terbaik adalah abab atau aaaa. 

0 comments: