KATA ADJEKTIF
Kata adjektif menurut Zaba (2000:96) ialah segala perbuatan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau lainnya. Abdul Hamid Mahmood (2006:83) menerangkan bahawa kata adjektif merupakan kata sifat iaitu perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dapat menerangkan kata sifat kepada dua bahagaian iaitu :
1. Kata sifat menerangkan kata nama
- Pelajar yang bijak
- Kereta baharu
2. Kata sifat menerangkan kata selain kata nama
- Kata sifat menerangkan kata kerja
· terbang tinggi
- Kata sifat menerangkan kata sifat
· terlalu baik
CIRI-CIRI KATA ADJEKTIF
- Boleh digandingkan dengan kata penguat
· Besar sangat besar besar sekali
· Rajin amat rajin rajin betul
- Berada di belakang kata nama
· Kereta baharu rumah lama
· Kakak cantik suasana kelam
- Boleh dibuat perbandingan
Perbandingan perlu diikuti dengan perkataan seperti atau awalan se- yang membawa maksud yang sama.
· cantik seperti bidadari cerdik seperti kancil
· sejahat hantu sebesar pemeluk
- Boleh dinafikan dengan kata nafi TIDAK
· tidak cantik tidak suka
· tidak kuat tidak sihat
- Boleh bergabung dengan kata main / semakin
· semakin cantik makin sejuk
· semakin banyak semakin kaya
JENIS KATA ADJEKTIF
· Sifatan atau keadaan
· Ukuran
· Warna
· Bentuk
· Jarak
· Perasaan
· Cara
· Pancaindera
· Masa atau waktu
PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
KATA ADJEKTIF TUNGGAL
- Kata adjektif yang tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan sisipan.
- Kata adjektif ini merupakan kata yang berfungsi sebagai inti yang menerangkan frasa nama.
- Contoh bagai kata adjektif tunggal adalah
· cantik, manis, pahit, geram, suka, sedih , lama
KATA ADJEKTIF TERBITAN
- Kata adjektif terbitan merupakan kata adjektif yang menerima imbuhan pada kata adjektif.
- Kata adjektif terbitan dapat dibahagikan kepada 2, iaitu imbuhan awalan ter- dan se- dan imbuhan apitan ke-...-an .
- Imbuhan ter- merupakan imbuhan yang membawa maksud lebih atau paling. Contohnya : tercantik, termahal, termuda dan sebagainya
- Imbuhan awalan se- membawa maksud sama. Contohnya: secanti, setinggi, sepandai
- Imbuhan apitan ke-...-an merupakan imbuhan yang membawa maksud keadaan atau sifat. Contohnya: kecantikan, kepahlawanan, keburukan, ketimuran dan sebagainya.
SISIPAN KATA ADJEKTIF
- Secara umunya, sisipan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu –el, -er, -em, dan –in.
- Makna yang ditonjolkan dalam bentuk sisipan kata adjektif adalah “bersifat”
· Contohnya : Gelembung, gemilang, gerodak, kinerja
KATA ADJEKTIF GANDA
Kata adjektif ganda dapat dibahagikan kepada 3, iaitu :
- Kata Ganda penuh
- Kata Ganda berentak
- Kata Ganda Separa
Makna yang dihasilkan oleh kata ganda adjektif adalah makna sifat, kemiripan dan makna penekanan.
KATA ADJEKTIF MAJMUK
Dapat dibahagikan kepada dua, iaitu :
- Kata majmuk terdiri daripada rangkai kata bebas
· merah saga, biru laut
- Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa
· ringan tulang, tangan panjang, besar kepala
0 comments:
Post a Comment