BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 12 April 2011

CIKGU BITARA



BMP 3032
MEDIA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 


CIKGU AFIQAH


CIKGU NURUL 


CIKGU AZIE


CIKGU FARAHIN




pELAJAR LEPASAN STPM. MAHASISWI JURUSAN BAHASA MELAYU. kEEMPAT-EMPAT MAHASISWI BERASAL DARIPADA JOHOR. INSYAALLAH, TAMAT PENGAJIAN PADA TAHUN 2013. 








DIALOG KELUARGA


  • pada suatu ari... bapa ni da gersang berabis coz dya baru balik kem tentera...jadi bapa hendak m'buat anak barulah...tapi aktiviti tu x bleh buat coz...anak pertama ya ada dalam rumah... pikir puya pikir...bapa mendapat 1 idea yg bernas...lalu memanggil anakya...

bapa: anak mari sini bapak nak cakap sikit nie...
anak: pa tu pak...
bapa:bapa nak ko pergi bawa kambing2 tu jalan-jalan  sekitar kawasan kita nie tau...
anak:ya lah pak...
bapa: n 1 more thing...jangan kembali sehingga jam 5 petang ok...
anak:ok

berikut adalah dialog sesudah aktiviti bapa n isteri...
isteri:bang... yang banyak bulu nie apa nama ya...
bapa: oo... yang ini nama ya... ladang gandum.... yang dua biji besar tu apa sayang...
isteri:oo..yang ini nama ya bukit yg tiiiiinngiii...yang
bapa: oo ..yang macam lubang tu apa plak..
isteri: oo..yang ini nama ya ...lubang yg daaalammmm... yg panjang tu plak apa tu...
bapa:oo yang ini nama ya... batang penyelamat...

sesudah pukul 5 petang... anakya pun sampai...
bapa:ko bawa pergi mana td kambing nie....
anak: saya bawa pergi ladang gandum pak...
bapa:oo... yg sebelah mana tu...
anak: yang sebelah bukit yg tiiiiiingiiii tu pak...
bapa:(macam pernah aq dengar perkataan tu) jadi tiada apa2 jga yg terjadi sama kambing tu...
anak:ada pak...tadi kambing tu...jatuh dalam lubang yg daaalammmm pak...
bapa:(aik mcam pena dengar ) jadi kambing tu macam mana ...x mati kah...
anak: x lah pak dorang kan batang penyelamat...
bapa: aik...kantoi...kantoi..

AKTIVITI : 
1. Lakonkan dialog 
2. Kenal pasti kesalahan bahasa 
3. Tukar dialog cakap ajuk kepada cakap pindah 

KAWASAN PERLANCONGAN

Adakah pulau pangkor, pulau idaman anda ?

Di manakah tempat sebegini ditemui?

Pernahkah anda pergi ke tempat sebegini ?
Aktiviti :
1. Bincangkan pengalaman anda semasa pergi melancong 
2. Senaraikan tempat-tempat menarik yang ingin anda kunjungi

ARTIKEL SURAT KHABAR



Bas terseret

Posted on the March 6th, 2011 under BeritaTempatan by johnjimat
KULAIJAYA: Bagaikan mimpi ngeri, seramai 10 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan itu terbalik dan terseret kira-kira lima meter di Kilometer 31.7, Jalan Kulaijaya-Johor Bahru, di sini, petang kelmarin.Penumpang yang dalam perjalanan dari Muar ke bandar raya ini menempuh detik cemas itu gara-gara pemandu bas mengelak kenderaan pacuan empat roda yang berhenti mengejut.Tindakan itu mengakibatkan bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemandu bas berkenaan, Ramli Basri, 47, berkata kemalangan berlaku ketika dia dalam perjalanan membawa penumpang menuju ke Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral di Larkin, di sini.Saya terkejut apabila pemandu pacuan empat roda di depan bas berhenti mengejut, saya terus memaut stereng ke kanan hingga melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbalik.Saya hanya ingat mati dan bimbang memikirkan keselamatan penumpang ketika kejadian berlaku.
Namun, kami semua selamat dan merangkak keluar sebelum dibantu orang ramai… saya dan tiga penumpang hanya luka ringan, syukur tiada yang cedera parah, katanya.Pemandu pacuan empat roda terbabit yang mahu dikenali sebagai Lim, berusia lingkungan 30-an berkata, kenderaan dipandunya mengalami masalah pada tayar.Ia pancit dan saya memberhentikan kenderaan sebelum terdengar bunyi brek, sejurus kemudian saya melihat bas berkenaan terbalik.


Saya dalam perjalanan dari Ipoh, Perak, ke bandar raya ini untuk membeli alat ganti kenderaan, tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba tayar seperti kehilangan angin menyebabkan kenderaan bergerak perlahan sebelum saya memberhentikannya, katanya.Lim kemudian turut membantu penumpang bas berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.Kemalangan menyebabkan kesesakan sepanjang dua kilometer, penumpang bas dihantar ke Hospital Temenggong Ibrahim, Kulaijaya, dan dirawat sebagai pesakit luar.Kami sudah merekodkan kenyataan kedua-dua pemandu kenderaan berkenaan dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.


Sumber : Harian Metro
AKTIVITI : 
1. Bincangkan idea yang dibincangkan 
2. Kenal pasti punca berlakunya kemalangan 
3. Bincangkan pengalaman
4. Huraikan langkah untuk mengatasi masalah tersebut 
5. Bina karangan berdasarkan topik yang dibincangkan 

PENCEMARAN



AKTIVITI :


1. Kenal pasti idea yang ingin dibincangkan mengenai gambar 
2. Bincangkan punca berlakunya pencemaran 
3. Bincangkan langkah dan kesan pencemaran 
4. Bincangkan keadaan bumi pada masa sekarang

POSTER

http://www.infosihat.gov.my

AKTIVITI:
1. Kenal pasti golongan kata 
2. Bincangkan idea utama dan idea sokongan 
3. Bina ayat berdasarkan kata tugas 
4. Kenal pasti ayat aktif dan ayat pasif

Artikel surat khabar

Pelajar mengaku salah tumbuk guru
Oleh Adha Ghazali

2011/04/12


pix_gal0
KANGAR: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana menumbuk seorang guru wanita di sekolahnya sehingga mendatangkan kecederaan dalam satu kejadian di Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, Bukit Keteri, dekat sini, Khamis lalu.Pengakuan itu dibuat tertuduh berusia 14 tahun di hadapan Majistret Nur Shahida Abdul Rahim pada satu prosiding di dalam kamar.Berdasarkan pertuduhan, pelajar itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Mariati Mat Ail, 37, dengan menumbuk hidung mangsa sehingga menyebabkan tulang hidung guru wanita itu retak.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sabry mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan denda.Nur Shahida kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 ke atas tertuduh, manakala 4 Mei depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.Mahkamah akan membuat keputusan berpandukan kepada Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengambil kira status tertuduh sebagai pesalah juvana.Dalam kejadian Khamis lalu, seorang guru wanita cedera parah selepas tulang hidungnya dilaporkan retak akibat ditumbuk seorang pelajar Tingkatan Dua di Bukit Keteri. Kejadian berlaku selepas mangsa yang juga guru disiplin sekolah menegur pelajar terbabit yang dikatakan bergaduh di perkarangan sekolah.Sementara itu, pertuduhan ke atas seorang warden asrama yang menyebabkan kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, di sebuah sekolah agama persendirian, di sini, yang dijadual dilakukan di Mahkamah Majistret 1, di sini, semalam ditangguhkan.


Aktiviti : 
1. Kenal pasti kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama 
2. Bina ayat berdasarkan kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata sendi nama .
3. Kenal pasti idea utama dan idea tambahan