BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 12 April 2011

ARTIKEL SURAT KHABAR



Bas terseret

Posted on the March 6th, 2011 under BeritaTempatan by johnjimat
KULAIJAYA: Bagaikan mimpi ngeri, seramai 10 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan itu terbalik dan terseret kira-kira lima meter di Kilometer 31.7, Jalan Kulaijaya-Johor Bahru, di sini, petang kelmarin.Penumpang yang dalam perjalanan dari Muar ke bandar raya ini menempuh detik cemas itu gara-gara pemandu bas mengelak kenderaan pacuan empat roda yang berhenti mengejut.Tindakan itu mengakibatkan bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemandu bas berkenaan, Ramli Basri, 47, berkata kemalangan berlaku ketika dia dalam perjalanan membawa penumpang menuju ke Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral di Larkin, di sini.Saya terkejut apabila pemandu pacuan empat roda di depan bas berhenti mengejut, saya terus memaut stereng ke kanan hingga melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbalik.Saya hanya ingat mati dan bimbang memikirkan keselamatan penumpang ketika kejadian berlaku.
Namun, kami semua selamat dan merangkak keluar sebelum dibantu orang ramai… saya dan tiga penumpang hanya luka ringan, syukur tiada yang cedera parah, katanya.Pemandu pacuan empat roda terbabit yang mahu dikenali sebagai Lim, berusia lingkungan 30-an berkata, kenderaan dipandunya mengalami masalah pada tayar.Ia pancit dan saya memberhentikan kenderaan sebelum terdengar bunyi brek, sejurus kemudian saya melihat bas berkenaan terbalik.


Saya dalam perjalanan dari Ipoh, Perak, ke bandar raya ini untuk membeli alat ganti kenderaan, tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba tayar seperti kehilangan angin menyebabkan kenderaan bergerak perlahan sebelum saya memberhentikannya, katanya.Lim kemudian turut membantu penumpang bas berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.Kemalangan menyebabkan kesesakan sepanjang dua kilometer, penumpang bas dihantar ke Hospital Temenggong Ibrahim, Kulaijaya, dan dirawat sebagai pesakit luar.Kami sudah merekodkan kenyataan kedua-dua pemandu kenderaan berkenaan dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.


Sumber : Harian Metro
AKTIVITI : 
1. Bincangkan idea yang dibincangkan 
2. Kenal pasti punca berlakunya kemalangan 
3. Bincangkan pengalaman
4. Huraikan langkah untuk mengatasi masalah tersebut 
5. Bina karangan berdasarkan topik yang dibincangkan 

0 comments: