BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 12 April 2011

Artikel surat khabar

Pelajar mengaku salah tumbuk guru
Oleh Adha Ghazali

2011/04/12


pix_gal0
KANGAR: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana menumbuk seorang guru wanita di sekolahnya sehingga mendatangkan kecederaan dalam satu kejadian di Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, Bukit Keteri, dekat sini, Khamis lalu.Pengakuan itu dibuat tertuduh berusia 14 tahun di hadapan Majistret Nur Shahida Abdul Rahim pada satu prosiding di dalam kamar.Berdasarkan pertuduhan, pelajar itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Mariati Mat Ail, 37, dengan menumbuk hidung mangsa sehingga menyebabkan tulang hidung guru wanita itu retak.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sabry mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan denda.Nur Shahida kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 ke atas tertuduh, manakala 4 Mei depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.Mahkamah akan membuat keputusan berpandukan kepada Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengambil kira status tertuduh sebagai pesalah juvana.Dalam kejadian Khamis lalu, seorang guru wanita cedera parah selepas tulang hidungnya dilaporkan retak akibat ditumbuk seorang pelajar Tingkatan Dua di Bukit Keteri. Kejadian berlaku selepas mangsa yang juga guru disiplin sekolah menegur pelajar terbabit yang dikatakan bergaduh di perkarangan sekolah.Sementara itu, pertuduhan ke atas seorang warden asrama yang menyebabkan kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, di sebuah sekolah agama persendirian, di sini, yang dijadual dilakukan di Mahkamah Majistret 1, di sini, semalam ditangguhkan.


Aktiviti : 
1. Kenal pasti kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama 
2. Bina ayat berdasarkan kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata sendi nama .
3. Kenal pasti idea utama dan idea tambahan 


0 comments: