PANTUN NASIHAT
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang ditapak tangan,
Andai hati sudah bersatu,
Maruah diri digadai jangan.
Pergi ke laut menangkap ikan,
Ikan ditangkap menggunakan pukat,
Tolong-menolong sesama jiran,
Bantu-membantu tanpa mengira darjat.
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba musafir lalu,
Perintah Allah mestilah taat,
Jika mahu sejahtera selalu.
Sungai Jai jauh ke barat,
Jalan ke sana bersimpang-simpang,
Orang jujur jarang melarat,
Hidup bahagia hati lapang.
Bunga-bunga indah dipagar,
Terhias cantik di rumah Seri,
Apa guna sering bertengkar,
Kelak nanti binasa diri.
0 comments:
Post a Comment